Sunday, 8 June 2014

TEORI FUNGSI AYAT

Assalamualaikum.. hari ni saya nak menerangkan tentang fungsi ayat..

Seperti yang kita ketahui..setiap kali kita buat atau bina ayat tu mestilah mempunyai fungsinya yang berbeza-beza..seperti apa yang saya faham..fungsi ayat ni tujuannya untuk kita faham apakah jenis atau gaya ayat yang kita buat tu sama ada kita Tanya orang tu ke atau kita bagi tau orang tu.. kadang –kadang orang tak faham..diorang ingatkan kita bagi tau diorang maklumat tapi sebenarnya kita Tanya diorang..

Sebagai contoh : “nasi ayam itu sedap”..kesalahan dalam ayat ini ialah ayat ni sepatutnya ayat Tanya tetapi sebabkan kita terlupa letak tanda soal “?”..so, orang yang baca tu ingatkan kita buat ayat penyataan..

Seperti apa yang saya faham..

Ayat ni ada 2 fungsi iaitu bentuk dan fungsi..bentuk ayat sama tapi yang membezakannya adalah fungsi ayat itu sendiri…sebab tu kalau kita tersilap atau terlupa letak perkataan atau symbol yang sepatutnya kita letak macam kat atas tadi, walaupun bentuk hampir sama tetapi fungsi ayat yang berbeza.. so, hati-hati..

Ok, .. hari ni akan diterangkan mengenai teori yang sangat penting iaitu teori fungsi ayat..

TEORI FUNGSI AYAT

Ada 2 fungsi  -      bentuk
                             - Fungsi
kalau nak terjemah ayat tu kena la terjemah makna yang sebenar jangan terjemah betul-betul ikut bentuk ayat tu sebab bentuk ayat yang sama tidak semestinya membawa fungsi ayat yang sama. Dapat di fahami di sini bahawa fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.

so, kena faham kat sini bentuk sama tak semestinya fungsi pun sama dan fungsi ayat tu berdasarkan makna ayat tu.. ok ?.. yang tu untuk teori fungsi ayat.. ok..by azlia cahyani binti ngalawi

Saturday, 7 June 2014

problem is everywhere??

masalah.....masalah and masalah!!
ada apa dengan masalah??
berhatilah dalam mengatasi masalah....
apatah lagi apabila masalah itu datangnya dari diri sendiri......
yes!! berhati-hatilah....
jika anda tidak bijak menguruskannya ia mungkin menjadi barah dalam diri anda........:)

haa....terkejut tak dengan entry kali ni?? pelik sikitkan??haha
tp btulkan??kalau kita tak pandai nak handle masalah yang berlaku sama ada pada diri sendiri atau sekeliling kita ia akan menjadi satu bebanan kann....am I right??
fikir2 kannn...:)

ok...sekarang ni bukan nak bincang pasal masalah peribadi ke ape tp nak share sikit pasal masalah makna dalam terjemahan....
haaa!!! dalam terjemahan pun ada masalah??
yes,for sure.....problem is everywhere....:) haha

macam mana masalah boleh berlaku dalam makna terjemahan??
ianya berlaku apabila setiap perkataan itu membawa makna yang tertentu dan makna-makna tersebut dipengaruhi oleh 3 aspek utama iaitu:
  1. posisinya dalam ayat
  2. bidang ilmu
  3. situasi pemakaian dan budaya penutur
ok...sekarang macam mana kita nak atasi masalah ni dengan bijak??
hmmmm.....
untuk atasinya kita kena faham dan tahu jenis-jenis makna itu sendiri...
nak faham makna-makna ni kita tengok dalam versi kotak-kotak...hehe



makna rujukan
  • Setiap perkataan tu ada lebih daripada satu makna tetapi tanpa rujukan makna-makna tersebut menjadi kabur.
  • Contoh kalau kita cakap pasal rumah...contohnya:Ali ada rumah..
  • Kita tak tahu rumah macam mana yang Ali ada..lain laa kalau kita letakkan rujukan kat situ...contohnya:Ali ada sebuah rumah banglo...
Haaa...kan jelas bahawa rumah Ali tuu rumah banglo...

Makna leksikal
  •  Makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang atau peristiwa...
  •  Contohnya perkataan ‘bad’ yang membawa banyak maksud yang buruk iaitu jahat,buruk,jelek,susah,tidak sedap dan busuk...tetapi maknanya tidak dapat dipastikan selagimana perkataan tersebut belum berada di dalam ayat....
makna konteks
  •  Makna yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan
  • Contohnya: ucapan selamat pagi boleh diterjemahkan apabila ucapan trsebut diucapkan oleh ketua kepada orang bawahanyya yang selalu datang lambat...
  •  Ayat ni boleh dikatakan sebagai ayat perli...

Makna konotatif
  •  Maknanya lebih luas maksudnya daripada makna rujukan dan melibatan perasaan
  •  Maknanya mungkin positif dan mungkin negatif bergantung pada tafsiran pengguna perkataan tersebut.
  •  Contoh: dalam masyarakat Melayu perkataan perempuan,wanita dan betina mempunyai makna konotasi yang berbeza....
Makna emosi
  •   Makna emosi ini mesti diterjemhakan dengan betul supaya tidak berlaku salah faham..
Makna figuratif
  • Merupakan simpulan bahasa, kiasan,peribahasa..
  • Makna figuratif ini mesti diingat dan disimpan dalam ingatan....


 ok....sekarang ni faham tak jenis-jenis makna terjemahan ni??harap-harap faham laa yee...

stakat ni je dulu perkongsian pada hari ini...semoga bermanfaat untuk semua....jangan stress2...smile always:)
by:tuan afifah



kata nama khas.....:)

assalamualaikum semuaa.....semoga semuanya ok....klu x ok buat2 je ok taw....hehe..

mcm biasa jom kita kongsi2 ilmu..ok??
sharing is caring kann??haha

ok...hari ni saya nak brkongsi satu ilmu iaitu bagaimana nak terjemah kata nama khas...
agak2 susah x??
hmmmmm.......

ok...kata nama khas ni merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang,haiwan tempat, bangsa bahasa dan lain-lain....kalau dalam bahasa Melayu huruf prtama ditulis dengan huruf besar...
tp kalau dalam bahasa Arab??
kalau dlam bahasa Arab susahla sikit nak cam sbb tulisan arab mana ada tukisan kecik ke besar....btul x??hee

mcm mana yee nak terjemah kata nama khas ni??
ok...menurut Newmark senang jee...macam makan kacang jee...hehe
menurut Newmark,secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna maka ia tidak boleh diterjemahkan....
maksudnya kalau nama orang tuu x payahlaa nak susah-susah terjemah.....just pindahkan ke bahasa sasaran dengan menukarkan huruf bahasa sumber kepada huruf bahasa sasaran. kalau bahasa sasaran adalah bahasa Melayu maka kena mulakan setiap perkataan dengan huruf besar...

contohnya: nama  عفيفة  x perlulah di terjemah 'lemah-lembut' cukuplah tukar huruf kepada huruf rumi Afifah.......

haaa.....senang kan??:)
satu lagi...kalau nama khas tu ada padanannya dalam bahasa lain penterjemah kena tahu laaa....

contohnya: داود  dalam bahasa Arab...Daud dalam bahasa Melayu dan David dalam bahasa Inggeris..

sama juga kesnya kalau Masjid Tanah(BM)------->مسجد تانه (bahasa Arab)
ia x kan jadi مسجد الأرض
faham tak??

kalau untuk tempat pulak kena kekalkan nama bahasa sumber...kadang2 x perlu ubah apa-apa dan kadang kena ubah sedikit sahaja seperti ejaan atau dengan keterangan tambahan...
ada juga yang diterjemahkan secara pinjam terjemah..
contoh:Middle East:Asia Barat

ada juga nama tempat dalam Bahasa Arab ditulis dalam bahasa lain tetapi ejaannya berbeza sama sekali...
contoh: al-Qahirah(BA)----------> Cairo(BI)---------------> Kaherah(BM)
kalau kes macam ni kena mengikut ejaan dalam bahasa sasaran lah sebabnya ia telah digunakan sejak dahulu lagi....

kesimpulannya.....ada 3 prkara penting yang perlu ada dalam pnterjemahan kata nama khas iaitu:
1-kekalkan kata nama asal
2-ganti kata nama asal dengan kata lain
3-gugurkan teus kata nama tersebut

hmmm...nmpak senang kan???
tapi kita kena ingat!!
perkara ni x boleh dipandang ringan taw...
sebabnya kata nama khas ni ada maknanya tersendiri,then ada yang mengandungi sesuatu maklumat secara tersirat dan ada juga merujuk kepada fungsi dan makna tertentu yang hanya boleh difahami berdasarkan budaya tempat tersebut....

oklah....setakat itu lah dahulu perkongsian saya pada hari ni....semoga dapat dimanfaatkann...
selamat study ye kawan-kawan semua....jgn stress2 yee...byeee....:)
by tuan afifah

Friday, 6 June 2014

bagaimana nak terjemah usur budaya?



Assalamualaikum semua….
Harap semua sihatla..sekarang pon tengah  mood exam kn..so, kena jaga kesihatan ye semua..
Musim exam nie rajin2 laa bangun malam..buat solat tahajud..lps tue study..study waktu malam kita boleh focus dengan suasana yang tenang tanpa ada sebarang gangguan..selain itu ada pendapat mengatakan bangun tengah malam baik tuk kesihatan… malah, bangun tengah mlm mrupakan perbuatan yang selalu nabi buat..
berbalik kepada tujuan asal saya iaitu ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya baru saja mentela’ah tdi..saya belajar tentang bagaimana nak menterjemah unsur budaya..tuk menterjemah sesuatu bahasa kita kena memahami budaya bhs yang hendak kita terjemah tdi..seperti yang semua orang tahu budaya masyarakat mmg berbeza disetiap tempat..dan inilah merupakan keunikan yang dicipta oleh ALLAH..menurut Aziz ET.AL  budaya ada empat jenis..iaitu BUDAYA EKOLOGI, BUDAYA SOSIOLOGI, BUDAYA IDEOLOGI dan BUDAYA MATERIAL. Selain itu..terdapat beberapa kaedah yang kita boleh gunakan untuk menterjemah unsur budaya, yang pertama budaya asal dikekalkan dalam text sasaran..yang kedua pula..menyesuaikan budaya asal dengan budaya sasaran..ketiga, jika tidak menemui padanannya dalam budaya sasaran kita boleh jelaskan maknanya dalam nota kaki.

Setakat itu sahaja pd hr ini…kita brtemu di waktu yang lain pula…
Semoga ceria selalu 
Xoxo
By: arbaeiyyah

Wednesday, 4 June 2014

padanan sekufu???

ok....sekarang kita pergi kepada tajuk kita seterusnya iaitu mencari pasangan.....ops...sori..BUKAN pasangan tapi padanan. bukan bab nak cari jodoh je nak kena cari yang betul-betul padan dengan kita tapi dalam bab terjemahan pun ade padanannya. kalau jodoh mesti kita nak cari yang sekufu dengan kita kan??baru laa orang kate sepadan kan?? betul tak?? tapi dalam terjemahan ni konsepnya ialah kita kena cari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya agar dapat difahami oleh pembaca teks sasaran. bukan mudah taw nak cari yang betul-betul tepat antara 2 bahasa ni ...ok..menurut Nida(1964) padanan terjemahan ni ada 2 jenis iaitu padanan formal dan dinamis. padanan formal ni penterjemah tu akan menghasilkan semula beberapa elemen formal termasuk unit tatabahasa,keselarian dalam penggunaan perkataan dan pengekalan makna mengikut konteks bahasa sumber..maksudnya kat sini penterjemah tu akan betul-betul terikat dengan bahasa sumber lah...contohnya penterjemah tu akan terjemahkan kata nama kepada kata nama, kata kerja kepada kata kerja dan lain-lain. satu je kelemahan cara ni ialah terjemahan tu akan kelihatan janggal,tidak membawa makna atau hilang keaslian terjemahan dan memerlukan banyak nota kaki untuk difahami....ok sekarang padanan dinamis pula....padanan dinamis ni lebih mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran. so, nak mudahnya padanan dinamis ni lebih kepada pemahaman pembaca sasaran lah...padanan jenis ni tidak terikat dengan teks sumber dan bahasanya lebih bebas dan tidak kelihatan janggal sebab ia lebih cenderung kpd bntuk dan struktur bhasa sasaran. so, maknanya padanan dinamis ni lebih mudah lah untuk difahami oleh pembaca sasaran. nak lakukan padanan dinamis ni kita perlu ubah beberapa perkara iaitu susunan perkataan... sebagai contoh dalam bahasa arab penggunaan kata nama dan kata kerja boleh diletakkan di hadapan ayat tetapi dalam bahasa melayu hanya kata nama yang boleh berada dihadapan ayat.....ni untuk struktur ayat aktif laa...kalau ayat pasif ke ayat terbalik ke tu lain laa cerita dia..so,untuk terjemahkan bahasa arab kepada bahasa Melayu pnterjemah akan tukar susunan ayat ini supaya tidak kelihatan janggal.

ok, sekarang kita tinggalkan bab sepadan formal dan dinamis tadi....kita pergi pula pada padanan sejadi.......sejadi ni macam lebih kurang sekufu laa....padanan sejadi ni kalau kita baca kita tak perasan pun bahawa bahan bacaan yang kita baca tu sebenarnya terjemahan....padanan ni seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat langsung dengan bentuk bahasa sumber. kalau boleh buat sampai macam ni dah boleh jadi penterjemah professional nii...hehe(minta doakan..)

setakat itu lah perkongsian kita pada hari ini......semoga berjaya memadankan perkataan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain......susah tapi tidak mustahil...:) smile always..dont stress2..BYE~
by tuan afifah

Saturday, 24 May 2014

tulisan vs lisan

asslamualaikum semua....bersua kmbali kita dlm blog ni....hehe
td naik tren ramai sngat orng...x taw la dyorng ni nak pg mana sebenarnya.....
part paling best kat tmpat ramai orng ni bila kita boleh prhatikan kerenah dan prangai manusia yang macam2...ade yang macam tuu...ade yang macam ni....seronok sngat tngok ragam2 orng ni...hehe(x taw la amek prngai darpd sape suke tngok krenah orng)...hrmm..klu manusia pun ade mcam2 jenis dan ragam apatah lagi bnde2 lain kan??no wonder la kan kalau kita jmpe sesuatu bnde tu dngan plbagai jenis....btul x??

ok...kali ni nak cerita plk tntang jenis2 pnterjemahan....yang paling pnting kita kena tahu bahawa terjmahan ni ada 2 jenis iaitu tulisan dan juga secara lisan.....sbut je tulisan kita tahu lah maksudnya mesti berkaitan dengan terjemahan buku ataupun manuskrip yang bertulis....kalau terjemahan tulisan ni rasanya lebih mudah berbanding dengan terjemahan jenis lisan...sebab apa sy kata begitu?? sebabnya kalau kita tersilap terjemah kita masih berkesempatan membaiki kesilapan tersebut..... and satu lagi kalau kita tidak berapa menguasai bahaa sumber dan bahasa sasaran pun kita mampu untuk jadi penterjemah tulisan dengan baik.....hmmm...contoh terjemahan tulisan:


haa...ni lah cntoh untuk terjemahan tulisan...~KITAB SIRAH NABAWIYAH IBN HISYAM~






then,kita prgi pula pada terjemahan jenis lisan pula......terjemahan jenis agak sukar juga sebenarnya...sebabnya?? sebab hanya orang yang mahir kedua-dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran shaja yang mampu menggunakan terjemahan jenis ini....orang yang menggunakan terjemahan jenis ini kita panggil dia "interpreter"satu lagi semasa sedang melakukan terjemahan lisan ini kita dah tak sempat untuk memikirkan gaya bahasa atau padanan yang sesuai untuk perkataan tersebut,...that why orng yang nak terjemah secara lisan ni perlu mahir kedua-dua bahasa....contohnya kita dapat dengar sewaktu majlis tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa......(hrmm...nak cari video pasal ni tp x jumpe plak...x pe laa nnti Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa tngoklaa yee..hehe)

akhir sekali sy nak ucapkan ribuan terima kasih kepada penterjemah2 kerana bertungkus lumus menetrjemah kitab2 arab....sesungguhnya jasa anda semua sangat bermakna buat kami sbbnya kalau tak de pnterjemah ni nmpak gayanya x siap laa esaimen yang bertimbun tuu...hehe

ok lah...setakat ni je lah dulu perkongsian kita pada hari ini...di harapkan ada sesuatu yang bermanfaat untuk diri ini dan juga diri anda.....~SEKIAN~
by tuan afifah

Thursday, 22 May 2014

~proses pnterjemahan~

hai,semuaa.....assalamualaikum....
erm...ari ni nak cakap ea?? da lame rasanya x update blog ni...
skarang ni tinggal seminggu je lagi sem ni nak habis...skjap jee masa brlalu...
alamatnya exam pon da dekat laa nii...huhu...tyme2 cenggini kpala da mula poning laa....dengan esaimennya,kuiznya preparation ntuk final lagi...huh!!..penat2....dlm duk sibuk2 tu smpat laa jnguk nota tama kjp...tu pun kjp jee...hehe.....pastu trgerak laa hati nak share ckit dkat kawan2ku yang cntik molek ni....kalau korang nak tahu bkn mudah taw nak jadi pnterjemah ni....susah kot....sbb ape??sbbnya klu nak jadi pnterjemah ni korang kena trjemah teks tu ikut flow dye....bkn boleh main hentam keromo jee....

ok..bile kita dah dpt teks sumber tu x kira laa bahasa ape pun first thing yang korang kena buat adalah analisis teks tu.....macam mana tu?? analisis ni korang fahamkan teks sumber tu...masa ni laa korang kena cari makna2 prkataan yang korang tak tahu....bukak laa en.kamus kee...google kee...x kesah laa...aslkan maksud teks tu korang paham....

then,lpas kita analisis teks sumber tu kita kena pindahkan teks tu ke bahasa sasaran...haaaa....part ni paling pnting taw!! ,masa ni pulak kita kena cari padanan yang sesuai dengan konteks ayat tuu....kena pikir laa ckit tyme ni...ok??

ok...lpas dah pndahkan teks tuu mungkin kita da nampak ckit2 apa yang kita nak trjemahkan ni...btui dak?? then...kita kena laa strukturkan balik ayat tu sbagaimana bahasa sasaran...contohnya kalau kita amik bahasa arab & bahasa melayu...takkan laa kita nak trjemah يقراء محمد الكتاب  sebagai membaca Muhammad buku....macam x masuk laa kan dengan bahasa melayu..nmpak sngat Melayu cilok....haha..masa ni laa kita kena strukturkan balik ayat tu sebagaimana bahasa melayu yang betul...jadilah يقراء محمد الكتاب  sebagai Muhammad membaca buku.....haa...baru ok...

pastu bila dah siap semua ni boleh laa check balik trjemahan kita....depends you all lah nak check sdiri or nak suruh orng checkan....kalau saya,saya lebih prefer mintak tolong ornag checkan baru nmpak salah kita....
kalau boleh jumpalah orang yang pakar dalam bidang tu..contohnya kalau kita nak translate kan teks tentang astronomi...so kena laa jumpe orng yang pakar dalam bidang astronomi...

ok...bila dah settle semua tuh kita bolehlah sunting kita punya terjemahan tuu...kenapa kena sunting ea?? sebabnya ada sesetengah prkataan tu x perlu pun tapi orang dah faham & kita nak wujudkan gaya yang seragam kalau teks tu diterjemahkan oleh ramai orang....ok..sekarang teks kita dah siap diterjemah.....S.E.T.T.L.E.......

haaa....tu laa sedikit sbanyak tntang proses atau pun flow yang perlu kita ikut spnjang mnterjemah...susah x??erm..nak ckap ssah tuu x de laa ssah sngat kan....btul x??follow jee flow tu inshaallah anda mampu mnjadi seorang pnterjemah yang baik....~SELAMAT MENCUBA~

ok lah..stakat itu je lah prkongsian saya pada hari ini...jom kita smbung balik esaimen yang x settle2 lagi tuu dengan masa yang masih berbaki ini.....
 ~smile always & don't stress2 yee~bye.....
by:tuan afifah