Thursday 12 June 2014

APA ITU FRASA????????...

 ASSALAMUALAIKUM!!!!!!.......

Apa khabar semua?.......

Hari ni saya nak terangkan pasal FRASA……….

Adakah anda tahu frasa itu apa????????.....

FRASA IALAH UNIT YANG TERDIRI DARIPADA SATU SUSUNAN YANG MENGANDUNGI SEKURANG-KURANGNYA DUA PERKATAAN, ATAUPUN SATU PERKATAAN YANG BERPOTENSI UNTUK DIPERLUAS MENJADI DUA PERKATAAN ATAU LEBIH………

Dapat kita faham ayat kat atas tu ialah……di mana frasa tu bermaksud unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi susunan-susunan………..





Yang kat atas ni merupakan susunan macam mana nak sampai jadi ayat iaitu bermula dengan huruf….lepastu……gabungkan huruf tu membentuk perkataan……lepastu gabungkan perkataan tu dengan perkataan yang lain membentuk frasa……lepastu pulak…..kita gabungkan lagi frasa tu dengan frasa yang lain dan membentuk klausa…..lepastu lagi……gabungkan klausa tu dengan klausa yang lain……dan akhirnya ia akan menbentuk sebuah ayat yang dramatik……..tu la proses pembentukan ayat…..

So kat sini……dapat kita fahamkan bahawa frasa ni datang dari gabungan perkataan-perkataan…..tak kesah la 2 ke 3 ke atau lebih perkataan tetapi ia membentuk satu makna yang difahami…..

Manakala……..klausa ni pulak maksudnya…….gabungan frasa-frasa……tak kesah jugak sama ada 2 atau 3 farasa atau lebih dan ia akan membentuk klausa tetapi ia akan membentuk makna yang pelbagai di mana frasa yang pertama dah ade makna die tersendiri manakala frasa yang kedua pulak ade makna die yang tersendiri pulak…so maksudnya kat sini ada 2 makna……tu sebab ada dua frasa…..kalo ade 3 frasa maknanya ade 3 makna………yang membezakan klausa ngan ayat ni ialah selagi tak ada titik atau noktah kat hujung tu……selagi tu ia dinamakan klausa…….kalo dah letak noktah kat hujung tu…..jadilah ia sebuah ayat yang dramatik…..kalo betul ayat tu dramatik la….kalo x….bukan dramatik la maksud die…..hehe…

Okkkkkk…..boleh faham x kat situ???????....


CONTOHNYA :










OKKKKKKK!!!!....dah faham kan???????......kat atas tu contoh dia……..

TAPI SEKARANG NI……KITA NAK FOKUS PASAL FRASA YA!!!!!....JANGAN TERKELUAR DARIPADA TAJUK……YANG KAT ATAS TU HANYA UNTUK KEFAHAMAN ASAS SAHAJA…..KOT-KOT ADA KAWAN-KAWAN KITA YANG TAK FAHAM…….












OKKKK!!!!!....kat  atas ni pulak bagi tau bahawa perkataan “frasa” tu dalam bahasa melayu……manakala perkataan “al-‘ibarah” dengan “al-tarkib” tu dalam bahasa arab…..

Akhirulkalam……..ni sahaja buat masa ni…….saya Cuma nak bagi tau perkara asas je dahulu…….nnti saya detailkan lagi jenis-jenis frasa atau al-tarkib……..sekian sahaja daripada saya……..semoga ia bermanfaat untuk kawan-kawan….maaf atas kesilapan……sesungguhnya saya sedang berada dalam proses pembelajaran……..kalo ade yang salah harap dapat tolong betulkan……by azlia cahyani binti ngalawi….



Tuesday 10 June 2014

KATA GANTI NAMA

ASSALAMUALAIKUM…….

Apa kahabar kawan-kawan?....adakah  kalian sihat?....

berdasarkan ayat kat atas tu…..ada 2 benda saya nak cerita hari ni….apa benda tu?....ianya ialah kata nama dan kata ganti nama……mana satu kata nama dan mana satu kata gantu nama ??????....cube teka….tak payah teka la…..biar saya yang bagi tahu….

Kata nama  :   kawan-kawan….
Kata ganti nama  :  kalian…

Okkkk…..paham x????....

KATA GANTI NAMA ialah KATA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGGANTIKAN KATA NAMA LAIN SEPERTI KATA GANTI NAMA DIRI UNTUK MENUNJUKKAN ORANG, MISALNYA DIA, SAYA, KAMU.

Maksudnya kat sini mana-mana perkataan yang boleh menggantikan kata nama tersebut dinamakan sebagai kata ganti nama….tapi ni untuk orang je tau…benda lain tak bole….kirenya  panggilan yang bersesuaian dengan kata nama tersebut.....



Yang atas tu untuk contoh kata ganti nama…..
Yang bawah ni pulak contoh untuk KATA GANTI NAMA ARAB…

                             
KATA GANTI NAMA ARAB



Yang bawah ni pulak contoh untuk KATA GANTI NAMA MELAYU….



KATA GANTI NAMA MELAYU






OKKKKKK……yang ni sekadar umum sahaja dulu.…nanti saya bagi yang detail punya a.k.a contoh-conto ayat…minta maaf kalo x sempurna…harap dapat beri manfaat….by azlia cahyani binti ngalawi..

Monday 9 June 2014

KRITERIA MENTERJEMAH



ASSALAMUALAIKUM!!!!!!!

Hari ni pulak saya nak terangkan pasal kriteria penterjemah……ramai orang salah anggap…..dorang ingatkan dengan mengetahui  atau menguasai dua bahasa sahaja dorang dah dikira sebagai penterjemah….SALAH TAU!!!....TU PENDAPAT YANG SALAH!!!!!....FAHAM?..

Kalau nak tau yang betol kene tengok kat bawah ni tau..hehe..

                                                           SYARAT UTAMA

         
  •       Mengetahui bahasa sumber

-          Penterjemah mestilah pakar atau mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai bahasa sumber ini di mana ia perlu memastikan selok-belok keganjilan dan  keistimewaan bahasa sumber ini. selain itu, penterjemah mestilah dapat membezakan perkataan/ayat yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza.

  •            Mengetahui bahasa sasaran

-          Dikenali juga sebagai bahasa penerima di mana penterjemah perlu mempunyai pengetahuan yang lebih baik daripada bahasa sumber atau sama baik dengan bahasa sumber.

  •            Mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan

-          Tujuan mengapa kita perlu mengetahui topic yang akan diterjemahkan adalah supaya kita dapat memperoleh ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. Ianya penting dalam penterjemahan teks-teks khusus dan teks-teks sastera.

  •          Mengetahui teori terjemahan

-          Ada teori & kaedah ilmiahnya sendiri.
-          Bukan pindahkan perkataan sahaja, tetapi  memindahkan idea, maklumat dan gaya.
-          Perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.

  •            Mengetahui sasaran khalayak pembaca

-          Terjemahan perlu sesuai dengan pembaca sasaran.
-          Laras bahasa perlu dijaga.
-          Cth: Kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.



ok..ni dia syarat utama yang perlu ada dalam diri setiap penterjemah....tu yang WAJIB!!!....sebab dia syarat utama....

and don't worry....ada jugak syarat-sayat tambahan....tapi yang paling penting kena ada syarat utama dulu baru tengok syarat tambahan pulak....

okkk??????...hehe.....sekian....harap dapat memberi manfaat......by azlia cahyani binti ngalawi


JENIS JENIS KAMUS



ASSALAMUALAIKUM!!!!..

hari ni saya nak tambah mengenai alat bantu terjemahan..sebelum ni ade post pasal tajuk ni..tapi ni saja nak tambah..

kawan-kawan jika kita ingin menterjemahkan sesuatu ayat yang belum kita ketahui tentu kita akan memerlukan alat bantu,,???

mesti semua orang dah tahukan salah satu alat bantu dalam menterjemah ialah Kamus...

betul x kawan-kawan,,????

jom kenali apa itu kamus,,,??? menurut pandangan kawan-kawan kamus itu apa ya,,???

boleh kongsikan x,,,????

kamus ialah Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan asal. 

nah ini dia jenis-jenis kamus...!!!!


  • KAMUS EKA BAHASA
Kamus Eka Bahasa ialah kamus yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama.takrifan makna dibuat berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat. Penyusunan dibuat berasaslan pembuktian data korpus.
contoh kamus Eka Bahasa ialah seperti: Kamus DewanQamus al-wasit dll.

  • KAMUS DWI BAHASA
Kamus Dwi Bahasa ialah Kamus yang menggunakan dua bahasa kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain. 
contohya:    Kamus Besar Arab-Melayu DewanKamus al-Marbawi  kamus Indonesia- Arab
Arab-Indonesia dll

  • KAMUS ANEKA BAHASA/MULTI BAHASA
Kamus jenis ini sekurang-kurangnya akan menggunakan tiga bahasa dalam menterjemah
contoh: kamus Melayu-Cina -Inggeris, Melayu-Arab-Inggeris dll.

itulah diantara jenis-jenis kamus yang boleh kita pakai dalam menterjemah...

kawan-kawan kenapa ya kamus diperlukan sekali dalam menterjemah,,??? ok3 kita jawab sendiri ya,,

kerana Kamus boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui dan Ada kalanya, penterjemah tidak dapat mencari padanan makna sesuatu kata daripada kotak memorinya. Oleh itu, dia perlu merujuk kamus. Kamus amat diperlukan oleh semua penterjemah, baik yang profesional mahupun yang amatur kerana ia merupakan alat bantu yang paling berguna ketika penterjemah tidak mengetahui padanan terjemah yang sesuai untuk satu-satu perkataan teks sumber, baik perkataan yang menyangkut  linguistik atau budaya.

Sekian... 
Terima Kasih
Semoga Bermanfaat.....by azlia cahyani binti ngalawi






 

Sunday 8 June 2014

belajar bahasa arab

Yang ni pulak teringat waktu Dr. Suhaila suruh translate gambar kartun dalam bahasa arab...tapi yang ni memang dah dalam bahasa arab...


VIDEO PERIBAHASA ARAB




assalamualaikum....ni dia video yang saya kata nak post tu...hehe..harap dapat beri manfaat..


PERIBAHASA ARAB


Assalamualaikum…..

Bertemu kembali…sebenarnya saya nak share mengenai peribahasa arab yang mempunyai padanannya dalam peribahasa melayu..

Macam mana saya boleh terdetik nak share sebab waktu dalam kelas tuto, Dr. Suhaila ada cakap pasal peribahasa...cakap-cakap macam tu je la…x detail sangat pun…just tanye “Ada tak waktu kuliah tu Dr. Maheram ajar atau sentuh pasal  peribahasa arab?”..lebih kurang macam tu la ayat Dr. Suhaila..

So, dari situ saya terdetik nak share pasal peribahasa arab ni….sekadar pengetahuan sahaja…kalau berguna Alhamdulillah…hehe


PERIBAHASA ARAB
PADANAN PERIBAHASA MELAYU

إنَّ عليكَ جَرْشًا فَتَعَشَّه
Jangan tergopoh gapah dalam melaksanakan sesuatu perkara


Biar lambat asal selamat


الحاجة تفتق الحيلة
Kehendak yang kuat akan membawa kepada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.



Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

جَزَاءُ سِنِمَّار
Membantu orang yang tidak menghargai bantuan, malah orang yang membantu pula mendapat susah



Seperti melepaskan anjing tersepit

الصَّيْفَ ضَيَّعْتِ اللَبَنَ
Benda belum jadi, dah lebih lebih



Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

من جد وجد
Siapa berusaha lebih dia yang dapat



Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

إن المُنْبَتَّ لا أرضًا قَطَعَ ولا ظَهْرًا أَبْقَى
Jangan kelam-kabut



Lebai malang

قبل الرماء تملأ الكنائن
sebelum memanah, isi dulu tempat anak panah

Sediakan payung sebelum hujan



saya akan post kan video peribahasa arab yang ada kaitan dengan peribahasa arab ni nanti.. dalam video tu ade contoh peribahasa...harap dapat beri manfaat kepada anda..

ni sahaja yang saya boleh kongsikan..kalau ada lagi saya post lagi ok?....hehe...dan kalau ada yang tersilap tu saya minta maaf...maklum la...budak baru belajar....belajar dari kesilapan...by azlia cahyani binti ngalawi


FUNGSI AYAT YANG DITENTUKAN OLEH MAKNA AYAT



Assalamualaikum..post yang baru-baru ni menerangkan tentang teori fungsi ayat.. di mana fungsi ayat ditentukan  oleh makna ayat....

So,..hari saya nak terangkan pulak mengenai makna ayat tu pulak....

MAKNA AYAT

  •        ada 3 jenis  -  Ayat maklumat ( informative )

-          ayat perasaan ( emotif )
-          ayat arahan ( imperative )


AYAT MAKLUMAT


·         ayat yang paling banyak digunakan sebab ayat ini mudah dang banyak diterbitkan sama ada dari segi lisan atau tulisan.
·         Fungsi  -  sebagai penghantar maklumat.
·         Tujuan  -  untuk memberitahu sesuatu berita atau pengetahuan.
·         Ayat maklumat ini mempunyai pelbagai ciri :
-          Ayat pengishtiharan, pengumuman, pemberitahuan
-          Ayat penyataan – Contoh : Ada vitamin dalam buah limau.
-          Ayat takrifan – definisi, penjelasan atau penerangan mengenai sesuatu.
-          Ayat tegasan – Contoh : Benar bahawa manusia mempunyai roh.
-          Ayat persetujuan – keizinan atau sokongan. Contoh : Baiklah, awak boleh pergi sekarang.
-          Ayat nafian – penentangan, bantahan atau bangkangan terhadap sesuatu perkara. Contoh : Saya tidak setuju.
-          Ayat sangsian – ayat yang menunjukkan kepada  keraguan atau  prasangaka terhadap sesuatu maklumat di mana tidak diketahui sama ada maklumat itu benar atau tidak. Contoh : Benarkah semua bangau putih?
-          Ayat pertanyaan – ayat yang lebih kepada soalan
-          Ayat penilaian – ayat yang menunjukkan atau menyatakan sesuatu pendapat atau pandangan atau citarasa. Contoh : Perbuatan zina adalah berdosa.
-          Ayat sudut pandangan- lebih kepada pandangan sesuatu kajian. Contoh : Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan wajah membawa faedah besar pada pengguna.
-          Ayat pensyaratan – mempunyai syarat dalam ayat tersebut.
-          Ayat penceritaan yang mempunyai pemerian – ayat yang menceritakan sesuatu keadaan dan diterangkan sebab mengapa berlaku keadaan tersebut.
-          Ayat janji – ayat yang mempunyai unsur ikrar atau sumpah.


AYAT ARAHAN


·         Suruhan atau perintah.
·         Ayat ini lebih kepada tindakan untuk melaksanakannnya. Sebagai contoh : Tolong bukakan pintu itu.
·         Ayat arahan ialah jenis kedua yang banyak diterbitkan oleh manusia.
·         Jenis ayat arahan
-          Ayat perintah – Contoh : Serang!!
-          Ayat suruhan – Contoh : Ambilkan secawan kopi.
-          Ayat larangan termasuk tegahan – ayat yang menunjukkan perkara yang dilarang. Contoh : Jangan pijak rumput itu.
-          Ayat panduan – lebih kepada cara atau langkah. Contohnya dalam resipi masakan.
-          Ayat amaran – ayat yang mempunyai unsur ancaman atau ugutan. Contoh : Kalau awak datang dekat saya bunuh wanita ini.
-          Ayat undangan – Contoh : Sudilah datang ke majlis pernikahan kami.
-          Ayat silaan – Contoh :  Jemputlah duduk.
-          Ayat ajakan – Contoh : Marilah kita pergi ke masjid.
-          Ayat gesaan – Contoh : Cepatlah siapkan kerja awak.
-          Ayat tawaran – Contoh : Kalau awak mahu saya boleh tolong hantarkan awak pulang ke rumah.
-          Ayat peraturan – Contoh : Para pelajar masuk ikut Pintu A. Para jemputan  masuk ikut pintu B.


AYAT PERASAAN

·         Sejenis ayat yang sukar diterjemahkan.
·         Menggambarkan perasaan yang dialami oleh seseorang di mana ayat ini bukan berbentuk maklumat dan tidak menghendaki untuk melakukan sesuatu.
·         Ciri utama – nada atau intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu.
·         Jenis ayat :
-          Ayat marah
-          Ayat gembira
-          Ayat sanjungan
-          Ayat ejekan
-          Ayat dukaan
-          Ayat sindiran
-          Ayat cacian
-          Ayat kutukan
-          Ayat cabaran
-          Ayat kejutan
-          Ayat sesalan
-          Ayat sumpahan
-          Ayat pujukan
·         Dalam komunikasi, perasaan timbul kerana 2 faktor :
-          Akibat reaksi kita terhadap maklumat yang diterima.
-          Akibat reaksi kita terhadap cara bagaimana maklumat itu disampaikan.




ok,,,... seperti yang kita faham..makna ayat terbahagi kepada 3 jenis iaitu ayat maklumat, ayat arahan dan ayat perasaan...yang paling berbeza kat sini ayat perasaan sebab ayat ni perlu kepada intonasi...memerlukan emosi untuk menggambarkan ayat tu ayat perasaan....

 so, setakat ni je..insyaallah kalau ada lagi saya post...minta maaf kalau ada tersalah faham atas keterangan yang diberi..ini berdasarkan kefahaman saya..by azlia cahyani binti ngalawi.

TEORI FUNGSI AYAT

Assalamualaikum.. hari ni saya nak menerangkan tentang fungsi ayat..

Seperti yang kita ketahui..setiap kali kita buat atau bina ayat tu mestilah mempunyai fungsinya yang berbeza-beza..seperti apa yang saya faham..fungsi ayat ni tujuannya untuk kita faham apakah jenis atau gaya ayat yang kita buat tu sama ada kita Tanya orang tu ke atau kita bagi tau orang tu.. kadang –kadang orang tak faham..diorang ingatkan kita bagi tau diorang maklumat tapi sebenarnya kita Tanya diorang..

Sebagai contoh : “nasi ayam itu sedap”..kesalahan dalam ayat ini ialah ayat ni sepatutnya ayat Tanya tetapi sebabkan kita terlupa letak tanda soal “?”..so, orang yang baca tu ingatkan kita buat ayat penyataan..

Seperti apa yang saya faham..

Ayat ni ada 2 fungsi iaitu bentuk dan fungsi..bentuk ayat sama tapi yang membezakannya adalah fungsi ayat itu sendiri…sebab tu kalau kita tersilap atau terlupa letak perkataan atau symbol yang sepatutnya kita letak macam kat atas tadi, walaupun bentuk hampir sama tetapi fungsi ayat yang berbeza.. so, hati-hati..

Ok, .. hari ni akan diterangkan mengenai teori yang sangat penting iaitu teori fungsi ayat..

TEORI FUNGSI AYAT

Ada 2 fungsi  -      bentuk
                             - Fungsi
kalau nak terjemah ayat tu kena la terjemah makna yang sebenar jangan terjemah betul-betul ikut bentuk ayat tu sebab bentuk ayat yang sama tidak semestinya membawa fungsi ayat yang sama. Dapat di fahami di sini bahawa fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat.

so, kena faham kat sini bentuk sama tak semestinya fungsi pun sama dan fungsi ayat tu berdasarkan makna ayat tu.. ok ?.. yang tu untuk teori fungsi ayat.. ok..by azlia cahyani binti ngalawi

Saturday 7 June 2014

problem is everywhere??

masalah.....masalah and masalah!!
ada apa dengan masalah??
berhatilah dalam mengatasi masalah....
apatah lagi apabila masalah itu datangnya dari diri sendiri......
yes!! berhati-hatilah....
jika anda tidak bijak menguruskannya ia mungkin menjadi barah dalam diri anda........:)

haa....terkejut tak dengan entry kali ni?? pelik sikitkan??haha
tp btulkan??kalau kita tak pandai nak handle masalah yang berlaku sama ada pada diri sendiri atau sekeliling kita ia akan menjadi satu bebanan kann....am I right??
fikir2 kannn...:)

ok...sekarang ni bukan nak bincang pasal masalah peribadi ke ape tp nak share sikit pasal masalah makna dalam terjemahan....
haaa!!! dalam terjemahan pun ada masalah??
yes,for sure.....problem is everywhere....:) haha

macam mana masalah boleh berlaku dalam makna terjemahan??
ianya berlaku apabila setiap perkataan itu membawa makna yang tertentu dan makna-makna tersebut dipengaruhi oleh 3 aspek utama iaitu:
  1. posisinya dalam ayat
  2. bidang ilmu
  3. situasi pemakaian dan budaya penutur
ok...sekarang macam mana kita nak atasi masalah ni dengan bijak??
hmmmm.....
untuk atasinya kita kena faham dan tahu jenis-jenis makna itu sendiri...
nak faham makna-makna ni kita tengok dalam versi kotak-kotak...hehe



makna rujukan
  • Setiap perkataan tu ada lebih daripada satu makna tetapi tanpa rujukan makna-makna tersebut menjadi kabur.
  • Contoh kalau kita cakap pasal rumah...contohnya:Ali ada rumah..
  • Kita tak tahu rumah macam mana yang Ali ada..lain laa kalau kita letakkan rujukan kat situ...contohnya:Ali ada sebuah rumah banglo...
Haaa...kan jelas bahawa rumah Ali tuu rumah banglo...

Makna leksikal
  •  Makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang atau peristiwa...
  •  Contohnya perkataan ‘bad’ yang membawa banyak maksud yang buruk iaitu jahat,buruk,jelek,susah,tidak sedap dan busuk...tetapi maknanya tidak dapat dipastikan selagimana perkataan tersebut belum berada di dalam ayat....
makna konteks
  •  Makna yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan
  • Contohnya: ucapan selamat pagi boleh diterjemahkan apabila ucapan trsebut diucapkan oleh ketua kepada orang bawahanyya yang selalu datang lambat...
  •  Ayat ni boleh dikatakan sebagai ayat perli...

Makna konotatif
  •  Maknanya lebih luas maksudnya daripada makna rujukan dan melibatan perasaan
  •  Maknanya mungkin positif dan mungkin negatif bergantung pada tafsiran pengguna perkataan tersebut.
  •  Contoh: dalam masyarakat Melayu perkataan perempuan,wanita dan betina mempunyai makna konotasi yang berbeza....
Makna emosi
  •   Makna emosi ini mesti diterjemhakan dengan betul supaya tidak berlaku salah faham..
Makna figuratif
  • Merupakan simpulan bahasa, kiasan,peribahasa..
  • Makna figuratif ini mesti diingat dan disimpan dalam ingatan....


 ok....sekarang ni faham tak jenis-jenis makna terjemahan ni??harap-harap faham laa yee...

stakat ni je dulu perkongsian pada hari ini...semoga bermanfaat untuk semua....jangan stress2...smile always:)
by:tuan afifah



kata nama khas.....:)

assalamualaikum semuaa.....semoga semuanya ok....klu x ok buat2 je ok taw....hehe..

mcm biasa jom kita kongsi2 ilmu..ok??
sharing is caring kann??haha

ok...hari ni saya nak brkongsi satu ilmu iaitu bagaimana nak terjemah kata nama khas...
agak2 susah x??
hmmmmm.......

ok...kata nama khas ni merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang,haiwan tempat, bangsa bahasa dan lain-lain....kalau dalam bahasa Melayu huruf prtama ditulis dengan huruf besar...
tp kalau dalam bahasa Arab??
kalau dlam bahasa Arab susahla sikit nak cam sbb tulisan arab mana ada tukisan kecik ke besar....btul x??hee

mcm mana yee nak terjemah kata nama khas ni??
ok...menurut Newmark senang jee...macam makan kacang jee...hehe
menurut Newmark,secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak mempunyai makna maka ia tidak boleh diterjemahkan....
maksudnya kalau nama orang tuu x payahlaa nak susah-susah terjemah.....just pindahkan ke bahasa sasaran dengan menukarkan huruf bahasa sumber kepada huruf bahasa sasaran. kalau bahasa sasaran adalah bahasa Melayu maka kena mulakan setiap perkataan dengan huruf besar...

contohnya: nama  عفيفة  x perlulah di terjemah 'lemah-lembut' cukuplah tukar huruf kepada huruf rumi Afifah.......

haaa.....senang kan??:)
satu lagi...kalau nama khas tu ada padanannya dalam bahasa lain penterjemah kena tahu laaa....

contohnya: داود  dalam bahasa Arab...Daud dalam bahasa Melayu dan David dalam bahasa Inggeris..

sama juga kesnya kalau Masjid Tanah(BM)------->مسجد تانه (bahasa Arab)
ia x kan jadi مسجد الأرض
faham tak??

kalau untuk tempat pulak kena kekalkan nama bahasa sumber...kadang2 x perlu ubah apa-apa dan kadang kena ubah sedikit sahaja seperti ejaan atau dengan keterangan tambahan...
ada juga yang diterjemahkan secara pinjam terjemah..
contoh:Middle East:Asia Barat

ada juga nama tempat dalam Bahasa Arab ditulis dalam bahasa lain tetapi ejaannya berbeza sama sekali...
contoh: al-Qahirah(BA)----------> Cairo(BI)---------------> Kaherah(BM)
kalau kes macam ni kena mengikut ejaan dalam bahasa sasaran lah sebabnya ia telah digunakan sejak dahulu lagi....

kesimpulannya.....ada 3 prkara penting yang perlu ada dalam pnterjemahan kata nama khas iaitu:
1-kekalkan kata nama asal
2-ganti kata nama asal dengan kata lain
3-gugurkan teus kata nama tersebut

hmmm...nmpak senang kan???
tapi kita kena ingat!!
perkara ni x boleh dipandang ringan taw...
sebabnya kata nama khas ni ada maknanya tersendiri,then ada yang mengandungi sesuatu maklumat secara tersirat dan ada juga merujuk kepada fungsi dan makna tertentu yang hanya boleh difahami berdasarkan budaya tempat tersebut....

oklah....setakat itu lah dahulu perkongsian saya pada hari ni....semoga dapat dimanfaatkann...
selamat study ye kawan-kawan semua....jgn stress2 yee...byeee....:)
by tuan afifah