Assalamualaikum..post yang baru-baru ni menerangkan tentang
teori fungsi ayat.. di mana fungsi ayat ditentukan oleh makna ayat....
So,..hari saya nak terangkan pulak mengenai makna ayat tu
pulak....
MAKNA AYAT
- ada 3 jenis - Ayat maklumat ( informative )
-
ayat perasaan ( emotif )
-
ayat arahan ( imperative )
AYAT MAKLUMAT
|
·
ayat yang paling banyak
digunakan sebab ayat ini mudah dang banyak diterbitkan sama ada dari segi
lisan atau tulisan.
·
Fungsi -
sebagai penghantar maklumat.
·
Tujuan -
untuk memberitahu sesuatu berita atau pengetahuan.
·
Ayat maklumat ini
mempunyai pelbagai ciri :
-
Ayat pengishtiharan,
pengumuman, pemberitahuan
-
Ayat penyataan – Contoh :
Ada vitamin dalam buah limau.
-
Ayat takrifan – definisi,
penjelasan atau penerangan mengenai sesuatu.
-
Ayat tegasan – Contoh :
Benar bahawa manusia mempunyai roh.
-
Ayat persetujuan –
keizinan atau sokongan. Contoh : Baiklah, awak boleh pergi sekarang.
-
Ayat nafian –
penentangan, bantahan atau bangkangan terhadap sesuatu perkara. Contoh : Saya
tidak setuju.
-
Ayat sangsian – ayat yang
menunjukkan kepada keraguan atau prasangaka terhadap sesuatu maklumat di mana
tidak diketahui sama ada maklumat itu benar atau tidak. Contoh : Benarkah
semua bangau putih?
-
Ayat pertanyaan – ayat yang
lebih kepada soalan
-
Ayat penilaian – ayat yang
menunjukkan atau menyatakan sesuatu pendapat atau pandangan atau citarasa. Contoh
: Perbuatan zina adalah berdosa.
-
Ayat sudut pandangan-
lebih kepada pandangan sesuatu kajian. Contoh : Dikaji dari sudut kejiwaan, alat-alat perawatan
wajah membawa faedah besar pada pengguna.
-
Ayat pensyaratan –
mempunyai syarat dalam ayat tersebut.
-
Ayat penceritaan yang
mempunyai pemerian – ayat yang menceritakan sesuatu keadaan dan diterangkan
sebab mengapa berlaku keadaan tersebut.
-
Ayat janji – ayat yang
mempunyai unsur ikrar atau sumpah.
|
AYAT ARAHAN
|
·
Suruhan atau perintah.
·
Ayat ini lebih kepada
tindakan untuk melaksanakannnya. Sebagai contoh : Tolong bukakan pintu itu.
·
Ayat arahan ialah jenis kedua yang banyak
diterbitkan oleh manusia.
·
Jenis ayat arahan
-
Ayat perintah – Contoh :
Serang!!
-
Ayat suruhan – Contoh :
Ambilkan secawan kopi.
-
Ayat larangan termasuk
tegahan – ayat yang menunjukkan perkara yang dilarang. Contoh : Jangan pijak
rumput itu.
-
Ayat panduan – lebih kepada
cara atau langkah. Contohnya dalam resipi masakan.
-
Ayat amaran – ayat yang
mempunyai unsur ancaman atau ugutan. Contoh : Kalau awak datang dekat saya
bunuh wanita ini.
-
Ayat undangan – Contoh :
Sudilah datang ke majlis pernikahan kami.
-
Ayat silaan – Contoh : Jemputlah duduk.
-
Ayat ajakan – Contoh :
Marilah kita pergi ke masjid.
-
Ayat gesaan – Contoh :
Cepatlah siapkan kerja awak.
-
Ayat tawaran – Contoh :
Kalau awak mahu saya boleh tolong hantarkan awak pulang ke rumah.
-
Ayat peraturan – Contoh :
Para pelajar masuk ikut Pintu A. Para jemputan masuk ikut pintu B.
|
AYAT PERASAAN
|
·
Sejenis ayat yang sukar
diterjemahkan.
·
Menggambarkan perasaan
yang dialami oleh seseorang di mana ayat ini bukan berbentuk maklumat dan
tidak menghendaki untuk melakukan sesuatu.
·
Ciri utama – nada atau
intonasi suara yang mengiringi pengucapan ayat-ayat itu.
·
Jenis ayat :
-
Ayat marah
-
Ayat gembira
-
Ayat sanjungan
-
Ayat ejekan
-
Ayat dukaan
-
Ayat sindiran
-
Ayat cacian
-
Ayat kutukan
-
Ayat cabaran
-
Ayat kejutan
-
Ayat sesalan
-
Ayat sumpahan
-
Ayat pujukan
·
Dalam komunikasi,
perasaan timbul kerana 2 faktor :
-
Akibat reaksi kita
terhadap maklumat yang diterima.
-
Akibat reaksi kita
terhadap cara bagaimana maklumat itu disampaikan.
|
ok,,,... seperti yang kita faham..makna ayat terbahagi kepada 3 jenis iaitu ayat maklumat, ayat arahan dan ayat perasaan...yang paling berbeza kat sini ayat perasaan sebab ayat ni perlu kepada intonasi...memerlukan emosi untuk menggambarkan ayat tu ayat perasaan....
so, setakat ni je..insyaallah kalau ada lagi saya post...minta maaf kalau ada tersalah faham atas keterangan yang diberi..ini berdasarkan kefahaman saya..by azlia cahyani binti ngalawi.
No comments:
Post a Comment