Assalamualaikum…..
Bertemu kembali…sebenarnya saya nak share mengenai
peribahasa arab yang mempunyai padanannya dalam peribahasa melayu..
Macam mana saya boleh terdetik nak share sebab waktu dalam
kelas tuto, Dr. Suhaila ada cakap pasal peribahasa...cakap-cakap macam tu je la…x
detail sangat pun…just tanye “Ada tak waktu kuliah tu Dr. Maheram ajar atau
sentuh pasal peribahasa arab?”..lebih
kurang macam tu la ayat Dr. Suhaila..
So, dari situ saya terdetik nak share pasal peribahasa arab
ni….sekadar pengetahuan sahaja…kalau berguna Alhamdulillah…hehe
PERIBAHASA ARAB
|
PADANAN PERIBAHASA MELAYU
|
إنَّ عليكَ جَرْشًا فَتَعَشَّه
Jangan tergopoh gapah dalam
melaksanakan sesuatu perkara
|
Biar lambat asal selamat
|
الحاجة تفتق الحيلة
Kehendak yang kuat akan membawa kepada
usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
|
Hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih
|
جَزَاءُ سِنِمَّار
Membantu orang yang tidak menghargai bantuan, malah orang yang
membantu pula mendapat susah
|
Seperti melepaskan anjing tersepit
|
الصَّيْفَ ضَيَّعْتِ اللَبَنَ
Benda belum jadi, dah lebih lebih
|
Mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan
|
من جد وجد
Siapa berusaha lebih dia yang dapat
|
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya
|
إن المُنْبَتَّ لا أرضًا قَطَعَ ولا ظَهْرًا أَبْقَى
Jangan kelam-kabut
|
Lebai malang
|
قبل الرماء تملأ الكنائن
sebelum memanah, isi dulu tempat anak
panah
|
Sediakan payung sebelum hujan
|
saya akan post kan video peribahasa arab yang ada kaitan dengan peribahasa arab ni nanti.. dalam video tu ade contoh peribahasa...harap dapat beri manfaat kepada anda..
ni sahaja yang saya boleh kongsikan..kalau ada lagi saya post lagi ok?....hehe...dan kalau ada yang tersilap tu saya minta maaf...maklum la...budak baru belajar....belajar dari kesilapan...by azlia cahyani binti ngalawi
No comments:
Post a Comment